Sunday 19 March 2017

TIpS kE kOrEa ~ Winter Sonata~~


 Cikgu Ana Pi Korea ???

Tak taw macam mana boley tiba-tiba nak ke Korea …never in my list!! Last minute beli tiket 2 hala RM1500 seorang. Disebabkan tarikh nak ke Korea merupakan musim Winter, untuk kami yang first time ni mula pening kepala cari pakaian yang sesuai dan menyebabkan aku rasa feeling bankrupt gitu dan kebanyakannya aku beli di UNIQLO dan UNIVERSAL TRAVELLER..bajet have2 konon..ha3…dan  juga menukar duit di saat terakhir dengan nilai 1000 KRW = RM3.86 di IOI Putrajaya pada 28 November 2016..Ini persediaan winter  yang perlu beli sekurangnya satu/sepasang bagi setiap jenis.

1.     Long John/hot thermal – inner biasa pun boleh
2.     Wintercoat
3.     Stokin
4.     Touch Screen Glove
5.     Hotpad
 Pakaian yang aku prepare before fly

Bagi aku yang first time p time winter memang rasa nak bawak satu almari. Tapi sebenarnya korang tak perlu bawak banyak baju pun. Realitinya, aku disana pada waktu siangnya pakai inner/hot thermal lapisan pertama, baju cantik lapisan kedua  dan lapisan terakhir wintercoat dan baju yang sama jua dibawa ke malam memandangkan 9.30 malam kami dah balik ke hostel.

 Korang jangan risau dalam bilik hostel tilam yang empuk tu dah memang warm dah (bed warmer)..korang pakai selapis baju pun cukup dan berbalut dengan selimut tebal tu..perghhh enak gila tidur..Tapi depend on your body hokey…aku banyak lemak memang tak rasa sejuk sampai tulang keting sangat…seingat aku suhu paling rendah aku di sana - 4.

Dan yang paling best tu aku boleh beli 2 pasang wintercoat kat Namdaemun dengan harga 10k won (RM38.60) setiap 1 …Touch screen Glove 3k won ( RM11.58) ..murah gilasss dan kualiti sama macam aku beli kat Malaysia..


DAY 1 (29 NOVEMBER 2016)
Flight aku dan Anum 8 pagi..dan kami sampai disana lebih kurang jam 3 petang (6 jam perjalanan) memandangkan Korea sejam awal dari Malaysia..Imigresen di Korea tidaklah begitu ketat dan semuanya berjalan lancar. Nasib la kawan aku yang merangkap Tour Guide kami di Korea sama flight so kami tak  sesat. Dari Incheon Airport kami naik pulak Airport Railroad Express  (AREX) yang mengambil masa sejam ke pusat bandar..Anum sempat solat dalam train..Alhamdulillah..tapi ahjumma yang duduk di depan kami tengok macam tak puas hati ja…

Sampai di Star Hostel Insadong tempat kami menginap…cantik biliknya dengan kemudahan aircond, tv, lantai berwap,toilet lengkap dengan towel kecil, sabun, shampoo tapi sayang agak sempit ruangnya untuk bersolat. Malam pertama, kami berjalan lebih kurang 50 m dan naik subway dan berhenti di stesen Myeongdong.

Myeongdong Street
Terkenal dengan pelbagai barangan kosmetik tempatan yang agak murah…street food yang pelbagai dan paling penting tengah lapaq ni…Busan Jib..nama sebuah restoran kecil yang dimiliki oleh Ahjumma Korea ..aku tak ingat nama dia…kat sini memang halal dan akan jumpa Malaysian yang makan kat sini..dan wajib try menu “Ikan Bakar’ makarel…mmg sedappp..sumpahh tak tipu..disebabkan susah sangat aku nak sebut ‘sedap’ dalam Hanggul..jadahnya aku hentam sebut “Oicchi” lalu Japanese di meja sebelah aku sempat tegur kami macam  bajet aku reti cakap Jepun..ha3…aku faham satu ja “kawai” hihi…dan malam-malam berikutnya ahjumma ni panggil aku “oichhi”…
Suasana malam di Myeongdong Street :)
Dinner di Busan Jib :)

Paling istimewa  boleh tengok demonstrasi cara membuat “Kitarae”, sejenis makanan tradisional Korea yang diperbuat daripada tepung jagung dan madu..Lawak bila oppa ni cuba berbahasa Melayu (gulung-gulung, ule-ule,mulah-mulah) ha3..sekotak kuih ni berharga 7000 won (RM27)
*masisseoyo=sedap
*mul= air


DAY ( 30 NOVEMBER 2016)
Seawal 9 pagi aku dan Anum join dengan group lain seramai 17 orang kami bergerak ke Namdaemun .
Namdaemun
Kami p beli kerongsang…Paling murah harga 1k won satu. Then beli souveniar..Perghhh hari ke2 dah membeli..memang aku bajet2 jer la..takut terover….Kat Namdameun ni  la happynya aku boleh beli 2 pasang wintercoat  dengan harga 10k  won sepasang…Tshirt ‘I Love Korea’ 10k won untuk 3 helai (warna kelabu and putih ja). Boleh dikatakan kat Namdaemun ni la tempat shopping bajet…
                                                                  Shopping sakan! :)
Suasana di Namdaemun-Wintercoat Longgok :)
Bila dah puas shopping tu kami bergerak nak p kejar subway untuk ke Itaewon. Dalam perjalanan tu sempat beli ubi keledek rebus 5k won untuk 5 ketul..

Ubi Keledek 5 000 won :)

*Ahjussi/Ahjumma iego olmaeyo?= Pakcik/makcik berapa harga yang ni?

Itaewon
Aku suka suasana di Itaewon..Jalan berbukit..walaupun agak penat tapi aku rasa nyaman ..tak ada bau arak…tenang..memang rasa lain dari Malaysia…dan disinilah korang boleh jumpa barisan restoran halal, ada juga aku nampak restoran Melayu, tapi kami semua memilih sebuah restoran halal “Murray’, 15000 won untuk lunch (RM57.90) seorang..so memang licin aku makan..hahahhhh
Lunch di Murray:)


Lepas makan kami berjalan lebih kurang 100 meter ke Seoul Central Mosque..masa ambik wudhu masyaallah sejuk menyucuk kaki kena air dan lantai sejuk…untuk solat kami perlu naik ke tingkat atas masjid..Subhanallah syahdu rasanya  solat di bumi yang asing dan disitu juga terletaknya Prince Sultan Islamic School…
Seoul Central Mosque & Prince Sultan Islamic School


 Dongdaemun Gwanjang MarkeT
Syurga kain cotton…dan aku berjaya membeli 3 pasang yang berharga 10k won sepasang..murahhh uiii..tapi sayang memikirkan baru hari ke dua dan tahap keluasan beg..ha3..dan kebanyakan yang menjual tu semua pakcik and makcik..dan aku memang suka menegur warga emas…ajummma ..anyeong..ahjussi anyeong..ajumma otokke??hihi..ipoyo ipoyo…
*Anyoung Haseyo= hello/hi/selamat pagi/selamat tengahari/selamat petang
*Ne= Ya
*Ipoyo= Cantik
*Otokke = Kenapa

                                                            Kain Cotton Ipoyo Ipoyo ;)


Ehwa Women University
Masa ni jari kaki aku dah rasa sakit gila sebab aku  pakai kasut boot memandangkan dari pagi tadi kami berjalan ..tapi selagi boleh tahan..tahan jer la akak..hihi…dan sebenarnya korang boleh jer pakai kasut sport…Aku juga suka suasana di sekitar universiti ni sebab nampak epik dan nampak struktur bangunan agak kebaratan dan aku pun bajet posing macam student kat sini.



                              Posing bajet-bajet di Ehwa Women University


Hongdae Street
Semasa kami bersesak dalam subway nak ke Hongdae, terperasan ada seorang nenek yang agak tua, kami sebenarnya kesian nenek tu sebab kena berdiri dan bersesak jadi kami cuba membantu. Tapi aku tengok macam tak suka ja nenek tu..lalu bila nak sampai ke stesen Hongdae..aku pun saja melawak “macam mana nak keluaq ni..nak kena tolak ‘tok’ ni ka??”pecah gelak kami dalam tu…lagi la orang  meluat tengok termasuk nenek tu seolah macam faham aku cakap terus dia pi cari ruang kosong lain sambil berleter dalam bahasa hanggul ..macam marah ja tok ni..ha3..

Istimewanya Hongdae Street ni sebab adanya Hello Kitty Café…tempat wajib korang pi..tapi kena la pekena secawan minuman kat sana, baru boleh bergambar… 4500 won (RM17.37) untuk secawan coklat panas..yang lain ada yang pesan green tea memang pelik rasanya..mocha pulak agak pahit…tapi rasa sayang nak minum sebab comei sangat…lepas dah minum kami bergambar dalam café ni..amat unik dan comel walaupun aku bukan peminat Hello Kitty tapi agak teruja dengan kecomelan café ni..


Kafe Hello Kitty yang sgt comel!! :)


Kat sini jugak la kami borong Banana Milk “Banana uyu” yang berharga 1000 won setiap satu..Wajib la beli kan..bukanlah sedap gila..tapi sedap…
*Mian haeyo =minta maaf
*Syillyehamnida = tumpang tanya
*Gamsahamnida = terima kasih

DAY 3 (1 DISEMBER 2016)
Kami berempat..Aku,Anum,Scha dan Mimi ke Cheonggyecheon Stream, Statue of King Sejong, Statue of Admiral Yi Sun-Shin, Gyeongbokgung Palace,Bukchon Hanok Village, Namsan Tower..

Cyeonggyecheon Stream
Ianya sebuah sungai di tengah lautan bangunan dan di tengah kesibukan kota Seoul..indah pemandangannya...style la jugak kalau bergambaq kat situ.


Cyeonggyecheon Stream  :)


Gwanghwamun Square (Statue of King Sejong and Statue of Admiral Yi Sun-Shin)
Tugu memperingati kemegahan raja dan Jeneral….Bukan tempat wajib pi..

Gyeongbokgung Palace
Tempat wajib gak la pi…tapi sayangnya tak dapat  menikmati bunga-bunga indah di tepi tasik disebabkan semua daun pokok mati terkejut dengan kemunculan winter.




Gyeongbokgung Palace yg epic :)


Bukchon Hanok Village
Village?ia bukanlah sebuah perkampungan..tetapi rumah-rumah agam yang indah menjadi lokasi penggambaran drama Korea…tapi bukan tempat wajib pi..ha3


Namsan Tower
Wajib pi! Naik cable car untuk sampai di sana. Tapi kami tak naik menara tersebut..Hanya mengambil gambar di sekitar menara..juga di tempat love Lock yang terkenal sambil menikmati sunset.





Mencari Cinta di Love Lock :)
Shoot for Mermaid Lip Creme and Jus Ener Al Kurma


Namsan Tower :)

DAY 4 (2 DISEMBER 2016)
Everland Theme Park
Perjalanan dari Insadong mengambil masa 1 jam lebih untuk sampai ke Everland Theme Park yang terletak di Yongin..Tiket masuk Everland sebanyak 36k won (RM138.96)..mahal kan??adakah ia berbaloi??hihi…hari ni aku rasa sejuk sangat mungkin kerana suhu mencapai -4. Memang sejukk oiiii…Dengan menaiki “Human Sky” ,tempat pertama kami tuju ialah ZooTopia. Kat sini la aku paling excited gila tengok untuk pertama kalinya Beruang Kutub…besaq rupanya menatang  ni. Pastu masuk “Friendly Monkey Valley’..segala macam la jenis monyet yang tak pernah aku nampak..siap depa buat show baik lagi kat kami..ha3..ok malas cerita bab tu….

Then kami naik safari bus, ada pulak onni ni dok berleter dalam bahasa Hanggul satu hapa pun tak paham..tapi nak tergelak suara dia macam kartun..dok cerita menatang-menatang dalam safari ni..yang syok bus ni siap masuk dalam ayaq lagi ha...pastu boleh pulak onni ni bagi daun kat zirafah..mentang-mentang leher dia panjang sampai masuk dalam bas jugak la nak makan punya pasai..ha3..dan ada haiwan liar yang lain..

Laparnya, makan di Burger Café (Shrimp Burger) yang berada di lokasi European Adventure..sedap gilaaa uiii. Di European Adventure ni jugak kami bersolat di surau yang disediakan. Surau ni terletak bersebelahan dengan “Mystery Mansion”. Surau ni tidak diasingkan, maka perlu bergilir untuk solat antara lelaki dan perempuan. Selepas solat tu, kami teringin nak masuk “Mystery Mansion” tapi minah Korea yang dok jaga depan pintu ni agak sombong. Malas nak masuk!
Di lokasi “Magic Garden”. Kami sempat menonton persembahan muzikal “Nutcracker Prince’s Sweet Party..Then, di lokasi Parade Route and Carnival Square kami sempat layan “White Christmas Parade”.

Last sekali wajib kena naik.. “T-Express”..Ia merupakan Wooden Roller Coaster ke2 tertinggi di dunia..kira top 10 extreme jugak la ..tapi..alhamdulillah semua selamat, walaupun aku tak sempat langsung nak menjerit..tak sempat nak tarik nafas..semua benda aku rasa macam tersangkut kat dada..ha3…tak lepas beb..dengan lajunya, curamnya, tingginya…sebab tu sampai tak berani bukak mata..Ya Rabbi…anda wajib naik kalau anda “Anak Malaysia”…ha3.

Kami pulang ke Myeongdong dengan bas (sejam perjalanan)
Kesimpulannya, bagi aku kalau  pi bawak anak2 or beramai dengan member bestla Everland ni, baru berbaloi dengan harga tiket..Sebab tarikan paling kuat bagi aku hanyalah T-Express.




Everland Them Park :)

DAY 5 (3 DISEMBER 2016)
Pulau Nami
Dari Insadong ke Pulau Nami mengambil masa 1 jam 30 minit..kami menaiki feri selama 5 minit ataupun pilihan lain dengan naik Zipline dengan bayaran yang agak mahal..maka sampai la kami di Pulau Nami…Subhanallah rasa macam tak percaya aku berpijak di bumi Nami..Kat sini la aku jumpa ramai Malaysian dan pelancong luar..Nami sinonim dengan drama Winter Sonata..ya drama Korea yg menjadi kegilaanku pada satu ketika dulu..Tiada salji, tapi air di parit membeku…
Sempat merasa pau Nami yang berharga 1k won sebiji..sedap..rasa sama macam pau kacang di Malaysia..tapi sedap sikit..hihi..wajib taw beli ..

Lunch nasi putih berlaukkan daging black pepper di restoran Asia dengan berharga 15000won sepinggan. Kemudian kami solat zohor di surau yang berada di tingkat atas. Kemudahan surau  di Pulau Nami wajar dipuji..terbaik!

Selesai solat, masa aku tengah jalan tu, gloves yang aku sangkut dekat beg aku boleh pulak terjatuh pastu aku terdengar macam ada orang jerit2 kat belakang..ada seorang aunty chinese habaq kata gloves aku jatuh…aku thanks kat dia then aku jalan macam biasa…yang aku terkejut geng2 aunty tadi tiba-tiba mai kat aku and Anum..Depa kan cakap bahasa Cina taw..and aku rasa depa orang China…aku paham la satu perkataan tu…ha3 tapi tak nak la cakap..satgi korang kata aku perasan pulak..ha3…tapi yang pastinya kami berdua terasa macam artis bayangkan depa dalam 7 orang bergilir-gilir bergambar dengan kami, lepastu selfie siap peluk2 aku lagi...Sebenarnya, depa suka tengok kami pakai tudung, depa pun masa bergambar tu pakai la shawl berlagak macam pakai tudung juga..ha3..serius rasa macam retis...dah tu Malaysian yang lain tengok jer kami macam pelik..

Lepastu, aku dan Anum pi sewa basikal untuk 7000 won sejam (RM27).Seronok sangat pusing-pusing dalam Nami ni…indah sangat ciptaan tuhan yang satu ni..Subhanallah
Oh ya, di Nami juga terdapat perpustakaan,muzium dan galeri yang juga menjadi tarikan pelancong ke pulau tersebut







Winter Sonata:)

Lepas Asar, kami pun bergerak pulang ke Insadong

Insadong Street

Sebelum dinner, sempat singgah di kedai beg/handbag di sini..korang taw yang bestnya kedai ni, semua beg 10k won (RM38.60)..So, aku pun beli 4 biji beg..ikutkan hati mau ja borong 10 biji….sebab semua sangat cantik…
Then, kami dinner di restoran halal berkonsepkan makanan India…tapi aku tak nampak pulak orang India dalam ni..apapun nasi gorengnya memang sangat sedap berbaloi dengan harga (RM57.90) sepinggan

DAY 6 (4 DISEMBER 2016)
Happy Birthday !! Eh sempat merasa celebrate di Korea..Disebabkan flight awal pagi, jam 6 pagi kami dah bergerak ke airport..Goodbye Korea..
*Anyoung hee gyeseyo= Selamat Tinggal


BAJET: 6 Hari 5 Malam (seorang)
·         Flight (Return) : RM1500
·         Pakej Backpackers: RM1300 excluded dinner
·         Dinner and makan : RM400
·         Shopping  : 118 000 won (RM455.48)
·         Wintercoat 2 pasang : 20 000 won (RM77)
·         Touch Screen Glove : 3 000 won (RM11.60)
 TOTAL HANGUS : RM3744.08


KESIMPULAN:
ü  Keseluruhan perjalanan menggunakan SUBWAY sebagai pengangkutan utama
ü  T-Money (prepaid transitcard) boleh digunakan untuk semua public transport (boleh dibeli di stesen Subway)
ü  Tolong study dulu route SUBWAY untuk elak dari sesat
ü  Kebanyakan orang Korea bukanlah masyarakat yang peramah
ü  Negara Korea bersih dan selamat, tidak perlu risau penyeluk saku atau penjenayah
ü  Makanan di Korea agak mahal
ü  Warga emas di Seoul ramai dan aktif
ü  Susah nak cari lelaki kacak (hanya dalam drama dan Kpop), kebanyakan kulit wanita Korea cantik
ü  Cuba korang pi Pulau Jeju and Busan dengaq kata best

#AlwaysATraveller



Thursday 18 August 2016

SyUrGa PulAu TIoMaN !!-BAjEt Dan TiPs 2016

KEMBARALAH..BERMUSAFIRLAH DENGAN NIAT YANG BAIK...JADILAH PENGEMBARA YANG DIHORMATI BUKAN DIKEJI....


Perjalanan menaiki bas Ekspress selama 7 jam 40 minit  dari Kangar ke Putrajaya Sentral agak meletihkan disebabkan flight  8.25 pagi...memang lintang pukang la turun  bas terus kalut naik KLIA Transit (RM9.40) pulak ke KLIA2 ...nasib baik la 18 minit ja sampai...sempat peluk cium sahabat dirindui Cik Sarah and Kekna...terus solat and breakfast di Uncle K .Kami antara org paling lewat masuk dalam flight tu..

 Alhamdulillah selamat sampai di Airport Senai, Johor (50 minit terbang).Jam 9.45 pagi kami bergerak dari airport ke Mersing menaiki kereta abam kawasan, Abg Izz ...Mersing agak jauh ...2 jam 30 minit baru sampai jeti Mersing taw.....uwaaaaa...kalau xdak member korang terpaksa naik teksi dari aiport ke jeti mersing. Apapun sebenarnya cara paling jimat untuk sampai ke Jeti Mersing dari KL adalah dengan menaiki bas ekpress dari TBS  (RM32.80 sehala) selama 6 jam then sampai kat terminal bas korang boleh jalan kaki ke jeti selama 10 minit..Feri boleh naik dari Tanjung Gemok (tourist dari pantai timur lebih dekat di jeti ini)  atau Jeti Mersing

12.15 Tengahari sampai di Jeti Mersing kami terus dapatkan tiket di Kaunter 3, then ke Kaunter 8 untuk cop tiket pastu kena beli Marine Park Fee (RM10). 
  
Suasana di Jeti Mersing

Tiket Feri, tiket Marine Park, Map Tioman and itinerary di Salang Pusaka



Orang tersangat ramai ..sebab time cuti sekolah ..dah tu kami sepatutnya naik feri 2pm pun terpaksa naik feri 3.45pm...bayangkan la lama oooo tunggu feri..nasib la jumpa sorang mamat org putih ni...syok jugak merapu dgn dia...xdak la boring sangat kami ni.


Kawan baru kami -orang London okeyhhhh Christopher kebetulan dia pun cikgu jugak

Jam 3.45 petang barulah kami naik feri itupun agak kelam kabut nak cari seat kosong...nampaknya pihak pengurusan kena perbaiki sistem ni...dapat seat number..tapi bila masuk tak duduk ikut seat number..feri bergerak dengan kelajuan sederhana...4.50 pm lebih kurang sejam kami sampai ke hentian Pertama Kampung Genting..Hentian Kedua Kampung Paya ,Maya Bay..Hentian Ketiga Kampung Tekek, Berjaya..Hentian Keempat Kampung Air Batang..Panuba Inn dan terakhir pada jam 5.55 petang baru sampai Kampung Salang...2jam lebih jugak la kan naik feri...perghhh berliku betol perjalanan kali ni..

Sampai dah lewat petang, disebabkan trip kali ni juga adalah last minute plan...so bila last minute paham jer la...bila call semua resort full kan sebab time cuti sekolah...nasib Pondok Sri Salang still kosong...so kami check in di situ untuk harga 1  bilik (RM100 semalam)...pastu kami ronda-ronda untuk cari resort lain yang kosong..kami dinner di Salang Pusaka Restaurant..malam xdak aktiviti sebab masing-masing penat..uwaaa wifi xdapat!! 

29 MEI 2016 (JUMAAT)
Good Morning Tioman!! Kami check out dari Pondok Sri Salang dan terus ke Salang Pusaka Resort..Kami dapat bilik/rumah yang sangat best and selesa untuk kami bertiga and sangat sesuai la kawan aku yang berdua tu siapkan slide presentation ..hurmmm..boley pulak time vacation depa buat assignment master depa tu..ha3..Tapi apapun tetap best sebab kami dapat  pakej RM330 seorang untuk 3H 2M


Besaq wooo bilik ni

Depan rumah/bilik  kami
Salang Pusaka Restaurant

Petang jalan-jalan di sekitar...ada 4 or 5 kedai yg menjual barang keperluan dan cenderamata. Sempat pulak  Kekna and Cik Sarah beli casing Hp and makanan ikan untuk trip snorkeling esok.

Pastu jam 5 petang Abg Wan Safarul dari Salang Pusaka bawak kami bertiga hiking ke atas bukit yang kat sana tu ada resort terbiar yang tak diluluskan beroperasi ..sayang gila memang cantik resort tu..tapi bila kami masuk memang agak seram jugak la kan...sebab terbiar kan...misteri..tapi best sebab boleh cari view cantik dari atas resort ni..



 Seram taw tengok kolam terbiar ni...nasib xdak boya






View dari atas resort terbiar


Bila turun dari resort tu sempat lagi posing
 Kami "Partner in Crimes"
 Freedom



Lepastu kami sempat snorkeling and main pasir  kat tepi pantai ni...punya confident and percaya dekat casing hp yg baru beli kat Lazada kononya waterproof habis jahaman my Oppo HP...OH MY OPPA!!


30 MEI 2016 (SABTU)


Morning Tioman!!hujan semalam ..nasib pagi dah tak hujan.....ni muka tak mandi taw...terus breakfast..ha3

Jam 10.30 pagi hanya kami berlima termasuk dua orang tourist from Argentina Dr Claudia and Sebastian. We are ready for Island Hopping!! yihhaaaa....First, kami snorkeling di Genting Coral Beach...ikan tersangatla banyak sebab kami umpan dengan roti..ikan tu siap gigit-gigit lagi hidung kami..Coral pun cantik and tak terusik kat sini memang amazing la...
Point kedua di Long Beach, kat sini kami lunch yang disediakan Salang Resort,aha masa makan ni korang jangan terkejut yer bila ada tetamu tak diundang..ada 2 ekoq biawak yang sangat besaq nak tumpang makan sekali..apa lagi angkat habis la nasi yang kami makan tu..biawak tu macam ikut kami pulak tu..ishk Tioman memang banyak biawak rupanya. Habis makan sempat pulak posing dalam ayaq..


Point ketiga di Batu Malang, kat sini ada pulak seorang uncle diver ni tarik kami 3 orang bawak pusing nak cari turtle ...kesian pulak tgk dia,..sebab kami malas gila swim harap dia jer tarik..ha3..nasib la uncle...tapi memang puas hati..ikan memang syurga kat sini....




Point terakhir "Shark Point"  terletak di pinggir pulau berdekatan Kampung Salang....harap sangat dapat tengok shark...hee tak nampak...yang bestnya ikan and coral memang tak mengecewakan meriah sangat...syok gilaaaaaa.....Snorkeling trip ni berakhir pada jam 3 petang.

Petang, kami sempat pulak sembang santai dengan pensyarah kami di Maktab dulu...Encik Zul ..tak sangka terjumpa dia kat sini..bayangkanlah dah 5 tahun tak jumpa..






Cik Sarah kalau melompat memang bagi A la...ha3


Pastu lepas dah melepak santai tu kami balik bilik terus tukar baju swim...ada lagi aktiviti rupanya...aktiviti ni memang aktiviti wajib kalau p mana-mana pulau kot...tak kisah la orang nak cakap jakun ke apa...yang penting kami happy okay??hihi..Ditemani abg2 diver..Abg Zam and Abg Shah kami ke pelantar jeti Kg Salang..

Feeling time ni memang best sangat..habis satu pulau dengar suara kami...ha3..agak tinggi jugak ok...mesti tourist lain  tak jump macam ni kan kat sini..kan??kan??

Lepas tu, Abg Zam ajak kami snorkeling bawah jambatan ni pulak..mak ai seram jugak la aku rasa..sebab 20 meter kot dalam...maklum la aku bukan diver...memang saspen gak la...dah la jauh jugak kami swim..memang nampak la tiang jambatan ni..Dalam oiiiiiii....tapi besttttttt,,rasa macam nak terjun lagi...and rasa macam nak berenang lagi bawah jambatan ni...Rare woooo
 ...

Malam ada BBQ...memang superb ar makanan...best..enjoy..pastu kami berenam lepak pulak kat depan Azmi Diver..siap buat Burn Fire lagi ha...pastu sembang..masing-masing bukak cerita..cerita hantu la..cerita skydiving la..macam2 la...memang best...bab bukak cerita hantu memang aku seram hokeyyy..ha3..Apapun malam di Kg Salang agak hidup dengan cara tersendiri...




31 MEI 2016  (SELASA)
Last day di sini...sedih la haiii...sebelum balik kami ronda pulau dulu....

















Tioman memang cun,..siap boley shoot product lagi ha..ha3


Goodbye Tioman...harap jumpa lagi kita tahun depan yer....bergerak balik dari Kg Salang 12.15 tengahari dan sampai di Jeti Mersing jam 3 petang...Sempat singgah JPO before fly back to KL..

Kami bermadu..ha3...with Abg Izz yang macho


BAJET TIOMAN 4H3M DARI KL :
Flight (return) : RM 120
Ferry (return) : RM70 + RM10
Bilik Pondok Sri Salang (semalam) :RM33
Pakej Salang Pusaka : RM330 (bilik,Snorkeling trip for 4 points stop and makan)
Kereta kawan: RM100 (return)

* Kalau anda naik airport taxi ke jeti harga di antara RM350-RM450 (sehala) bergantung jenis teksi tapi boleh guna GRAB or UBER now maybe lagi murah 
* Tiket bas TBS ke Mersing (RM 32.80 sehala)


TIPS DAN  INFO:
1)Untuk kaki camping ada jugak campsite di Teluk Sekipong (10 minit naik boat kecik dari Kg Salang)-boleh contact abg Wan Safarul
2)  Untuk kaki pancing pun ada sewa bot untuk fun fishing
3) Harga setiap benda  sekali ganda dari daratan (air mineral di jeti Mersing RM1 di Tioman RM2)
4) Roti Gardenia (makanan ikan) expired pun RM5 ok
5) Kalau korang kuat makan, elok la bawak bekal makanan yang cukup 
6) Wajib bawak roti untuk bagi makan ikan time Island Hopping/ snorkeling  ..baru best
7) Nak jimat..naik bas dari TBS ke Mersing
8) Kalau ada GoPro or camera sewaktu dengannya lagi best..syurga dalam air Tioman memang terbaik beb!
9) Tioman memang spot terbaik untuk diving..nak buat lesen menyelam pun ok kat sini
10) Bulan sesuai ke Tioman adalah Mac - Oktober (Bulan Ogos dan  Oktober paling cun )
11) Booking awal especially time school holiday..memang ramai local tourist..
12) Tiket feri, tiket bas, teksi semuanya boleh dibeli secara online
13 )  Line internet memang susah nak dapat di Kg Salang  tu pun line 2G (Celcom and Maxis),line  DIGI  nak call pun x boleh..
14) Kalau anda dari Pantai Timur, jeti terdekat untuk ke Tioman adalah dari jeti Tanjung Gemok..harga tiket feri sama


NIKMATILAH SETIAP DETIK KEHIDUPAN MU..KERANA MUNGKIN ESOK KAU TIDAK MAMPU MELANGKAH LAGI.....