Saturday 16 January 2016

Koh Lipe Sawadikap!! Januari 2016


Assalamualaikum  semua…Cuti sekolah ada lagi la.. yahoo!!…nak buat mcm mana dah cikgu ni suka berjalan!…hihi.....Trip kali ini organized by Scha…Jom baca catatan trip ala  backpackers kami...

Hari Pertama (1 Januari 2016)
Seawal jam 7.45 pagi kami seramai 10 orang berkumpul dan naik van dari stesen bas Kangar bergerak ke Pak Bara…Van yang kami sewa ni sebenarnya RM500 sebuah van untuk perjalanan return.. disebabkan kami bersepuluh..RM50 jer la sorang..agak murah kan?sekali dgn abg driver taw!...Perjalanan dari Kangar- Wang Kelian mengambil masa 30 minit.Wang Kelian, Perlis ni la pintu sempadan nak masuk Thailand..kat sini kami melalui dua pemeriksaan..di Imigresen Malaysia, hanya pasport discan bila dah masuk Imigresen Thailand..kat sini korang semua kena la isi satu form putih then lepas dah isi p beratur nak cop pasport..Hampa jgn xtaw..tah la tradisi dah kot…kena selit RM1 dalam pasport..org kata kalau hampa xletak RM1..dia tanya mcm2 saja buat lambat..nak senang selit ja la….Ok selesai..van terus bergerak ke Pak Bara melalui wilayah Saturn (Setui) yang xbyk bezanya dgn jalan di Malaysia ditambah pula dgn majoriti penduduknya Islam..uishh adik beradik aku punya ramai kat sini sebenaqnya..

 Perjalanan dari Wang Kelian ke Jeti Pak Bara mengambil masa 1 jam. Abg dreba ni boleh tahan dia speed…hang buat leceh sungguh no abg noh…Sampai ja kat jeti tu…scha p ambik tiket bot di kaunter..Bayaran untuk return speedboat ialah RM140 …masuk di jeti kami perlu bayar cukai 20 baht seorang..bot kami bergerak pada jam 11.30 am waktu Thailand..maklum la lambat sejam ..kalo Malaysia dah 12.30 pm..dalam sejam kami menunggu sempat posing, breakfast  and beli air mineral dekat situ..air mineral sedozen 80 baht

Kami bersepuluh sampai di Pak Bara

Sebelum naik bot tu kami terlebih dahulu diminta mengcheck in bagpack kami dulu..pastu pakat beratur masuk speed boat..aku pelik depa main sumbat ja orang masuk dalam boat tu..bukan besaq sgt boat tu...aku rasa 50 orang or lebih jugak la dalam boat yang sederhana saiz tu..siap ada yang berdiri pulak tu…and ada jugak tourist from China duduk depan aku …sempat la bersembang ayam dan itik..siap bergelak pulak tu....sepanjang perjalanan agak memeningkan dan panas maybe terlalu ramai orang dlm boat ni..boat ni berhenti di Koh Tarutao (Taman Negara Thailand) ..15 minit masa diberi untuk posing2 kat situ..perjalanan diteruskan dan berhenti selama 15 minit juga di Koh Kai yang juga  digelar “Lover’s Gate”.

View di Koh Tarutao





View di Koh Kai "Lover's Gate"

Disebabkan berhenti di dua buah pulau..perjalanan sepatutnya 1 jam 10 minit mengambil masa lebih kurang 2 jam juga la..baru la sampai di satu hentian yang diubahsuai daripada kapal korek..Di sini kami perlu membayar 250 baht seorang iaitu bayaran untuk taxi boat dan bayaran masuk pulau..dari hentian ni kami menaiki taxi boat (longtail boat) menuju ke pantai Koh Lipe yang mengambil masa hanya 5 minit....maklumla kalau si speedboat masuk lebih2 kang jahanam la kot coral kat situ kan..


Hentian sebelum ke Koh Lipe...tengah tunggu taxi boat

Subhanallah indah rupa seperti khabarnya…cantik tertarik memang dabom!!..sampai di pantai Pattaya, Koh Lipe kami bersepuluh mundar mandir mencari mana la chalet kami ni..sempat org tempatan bertanya “adik nak p hotel mana ui?” terkejut cek  depa boley cakap Melayu tu..takkan Melayu hilang di Koh Lipe..ha3..Sampai di Seaside ..check in..sempat pulak kami diketuai scha masak burger kat sini …kata backpacker kan..hihi…sedap pulak tu makan berebut2 camni..
Chalet -Seaside-
Boleh bukak gerai burger dah ha..

Petang… kami berjalan lebih kurang 15 minit ke Sunset Beach…perghhh berpeluh jugak la nak sampai sini..aku rasa macam hiking dah ha..tapi berbaloi..tak terkata ..Subhanallah indahnya ciptaan Allah Swt…sebab terlalu teruja katanya…gatai p pijak batu kat situ..terjelepok aku ha dalam ayaq..buat drama sat depan mat and minah saleh ..auchhh blushing i….Posing tak hingat dunia dah semua…ketik ketak ketik ketak bunyi camera ..






View at Sunset Beach


Malam…berjalan di Walking Street.. cari makan lapaq woo…kami dinner di Restoran Mina….aku kan “bihun sup hunter”..xdapat bihun sup…koteow sup pun jadi la…140 baht ui semangkuk…xsedap…ayaq ice lemon tea 80 baht..ni sedap…Lepas makan kami ke Thai Beach Travellers.com..kat sini kami berlima ambil pakej snorkeling A yang berharga 2500 baht untuk satu longtail boat bermakna 500 baht seorang termasuk lunch ..pakej ni cover 5 pulau ..Jabang, Koh Hi Ngam, Koh Rawi, Koh Adang dan Koh Yang dan bermula 9.30am-4pm….auuch xsabaqnya nak terjun laut esok!!.. Good night Koh Lipe…ZzZzZzzZZ..

Koteow sup + ice lemon tea

Hari Kedua (2 Januari 2016)
Morning Koh Lipe!!...breakfast sandwich prepared by Faz, Dhiya, Lea, As and Syu..Thnx uolss…9.00 pagi dengan semangat wajanya tunggu longtail boat..Kami berlima ja yang join trip snorkeling ni..Dhiya and Syamel depa diver so p diving la mereka.As, Faz and Lea katanya nak teroka  pulau ni…tak kisah la masing2 dengan kepuasan sendiri..tepat 9.30 pagi boat kami membelah ombak menuju ke hentian pertama “Jabang”…kat sini agak mencabar sebab arus terlalu kuat..cantik coral kat sini tapi bila nak balik ke bot lemas  dan hanyut dibuatnya..kaki dah xboleh nak kick dah..nak swim xlarat dah..nasib ada 2 orang hero selamatkan i..Hentian kedua, Koh Hin Ngam..di sini subhanallah cantiknya batu-batuan hitam yang membentuk pulau ni…Hentian ketiga, Koh Yang ..boleh tahan cantik juga coral tapi still arus kuat. ..Hentian keempat, Koh Rawi..di sini kami lunch santai ala2 picnic…pantainya yang cun..air yang jernih sempat juga mandi di sini and posing di sini…Hentian terakhir, Koh Adang hah barulah boleh snorkeling dengan aman dan tenang…kat sini memang the best..ikan banyak..coral sgt cun…tapi aku pening la..balik semula ke bot..si Syuhada and Issey  asyik lagi snorkeling..aku dah mabuk ketum dalam bot..ha3….Perjalanan balik masing-masing melayan feel..aku pulak syok betol menghayati bunyi deruan ombak..kejernihan air laut..kemachoan abg boatman…ha3…Johny yang taw cakap Melayu sikit2 tu…


Hanyut di Jabang..ha3...

View di Koh Hin Ngam...




Picnic dan santai  di Koh  Rawi

Petang...semua bersiap macam nak p makan kenduri..geng gugurls 8 org ni ayu berbaju kurung..awat  la  si boboi 2 orang ni xbawak baju melayu hah…hihi…semua mat saleh kat situ pakat tengok ja kami…terasa glemer la sikit..ya la depa xcukup kain..kami ha siap berbaju kurung bagai..posing mengalahkan retis semua ha…terasa kepuasan tu ditambahkan dengan view sunset yang cun melecun…











Posing syok sendiri ja ha...


Malam…aku dan Leha still dengan baju kurung kami berjalan di Walking street..Kami bersepuluh dinner di restoran muslim yang lain…tapi terperasan jugak dekat dalam list menu ada wine.tapi nak buat macam mana..hurm..menu yang sama koteow sup 140 baht, air kelapa 80 baht, teh ais 60 baht..Lepas makan kami beli sikit cenderamata..fridge magnet 100 baht and baju tshirt 170 baht..berjalan di Walking Street.. Walking street ni memang banyak bar dan kedai massage..bau arak..hurm xsuka betol.. ....sebelum tidur sempat lepak dekat pantai..anjing dah sebati dengan Koh lipe..mana2 ja ada anjing..aku panggil anjing kat sini “kambing” sebab size depa tu….depa pun selamba ja lepak sekali..tapi tak kacau orang “kambing, kambing”ni..Good night Koh Lipe….zzZZzZZ.
sini pun ada jual pulut ayam taw...

7Eleven

Walking Street Koh Lipe


Hari Ketiga ( 3 Januari 2016)


Seawal 5.30 pagi kami bersepuluh yang semua tak mandi lagi ni….berjalan lebih kurang 10 minit menuju ke Sunrise Beach. Subhanallah viewnya sungguh mendamaikan jiwa menusuk hati dan perasaan penawar gundah gulana…apa aku merapu ni haaa…kat sini kami posing sakan ha..si “kambing-kambing” pun layan feel view ni…breakfast di Restoran Mina- pancake coklat 40 baht






View at Sunrise Beach

Kami check out 11 pagi…






Jam 1.00 tengahari kami dah naik speedboat menuju ke Pak Bara yang memakan masa 1 jam 10 minit…sampai di jeti Pak Bara  abg driver  ambil kami dan terus ke Wang Kelian. Di Wang Kelian kami makan dan shoping…jam 6pm kami keluar dari sempadan…Imigresen Malaysia tutup pada jam 7pm…sedihnya rasa sat sangat 3 hari di Koh Lipe..kami semua berpisah di stesen bas Kangar. Faz, Diya, Lea, As, Soleha and Syamel pulang ke Kuala Lumpur....semoga kita jumpa lagi buddies….love u olls..

Wang Kelian, Perlis




BAJET untuk seorang (3H2M)
Van dari Kangar- Pak Bara (Return-RM500 sebuah) = RM50
Chalet Seaside (1billik 4 orang ) = RM80
Speedboat (return) = RM140
Cukai di jeti Pak Bara = 20 Baht
Entrance Kohlipe = 200 Baht
Taxi boat = 50 baht
Snorkeling = 500 baht
Air mineral = 80 baht
Makan  dinner 2x, breakfast 1x = 540 baht
Souvenir = 270 baht

So akak total semua baru RM470 dik..murah kan??bajet backpacker la katakan…


Tips:
-Nak ke Kohlipe korang juga boleh naik ferry  from Marina, Langkawi- RM233 return 
-Di Koh Lipe..ada aktiviti lain seperti kayak (RM15) sejam
_boleh sewa basikal sehari RM20
motor tayar dua RM10
motor tayar tiga RM20
- Foot massage 350 baht perhour
-Nak jimat makan and sebab susah yang betol2 halal..korang bawa sendiri makanan such as roti, tuna and makanan bertin yang lain..rice cooker apa yang patot la..masak sendiri!
-Seterika memang x der ya kakcik-kakcik
-WIFI 24 jam dekat penginapan
-Electric pun 24 jam tapi bawak international charger tau
-Jangan lupa camera wei..syurga pencinta seni fotografi ini pulau..

Sebarang pertanyaan bolehla add FB saya –Ku Syahana-


“YOU DON’T HAVE TO BE RICH TO TRAVEL WELL”